Majlis Perasmian Pembukaan semula D’Mart Segi Fresh telah dirasmikan oleh YBHG DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK, Pengerusi FELDA diiringi oleh YAM DATO’ SERI DIRAJA SYED RAZLAN IBNI ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL, Pengerusi D’Mart Segi Fresh dan YBRS ENCIK SULONG JAMIL MOHAMED SHARIFF, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Merangkap Ahli Lembaga Pengarah FELDA dan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad.
Sempena pembukaan stor, D’Mart Segi Fresh menyantuni komuniti setempat dengan pemberian sumbangan kepada 30 keluarga asnaf dan lawatan para jemputan utama ke kedai yang kini berwajah baru.