Deprecated: Function WP_Dependencies->add_data() was called with an argument that is deprecated since version 6.9.0! IE conditional comments are ignored by all supported browsers. in /home/segigrou/dmartsegi.com/wp-includes/functions.php on line 6131

D'mart

Terma & Syarat Program Ahli Dmart Segi Fresh

Selamat datang ke D’mart Segi Members, program Ahli Dmart’ Segi yang diuruskan oleh Dmart Segi Sdn. Bhd. (dirujuk sebagai “DS”). Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 012-889 5266.

Keahlian:

  1. Keahlian dan mata ganjaran adalah hak milik DS dan DS berhak untuk meminda terma dan syarat pada bila-bila masa.
  2. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  3. Setiap ahli hanya dibenarkan memiliki satu Kad Ahli Dmart Segi. Akaun tambahan boleh digabungkan atau dibatalkan.
  4. Ahli perlu memberikan maklumat yang tepat dan mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kehilangan Mata Ganjaran Dmart Segi.
  5. Keahlian dikategorikan sebagai “Member” atau “Peniaga”, dengan manfaat yang berbeza-beza mengikut kemaskini dari masa ke semasa.
  6. Ahli bertanggungjawab ke atas keselamatan dan maklumat akaun mereka. Dmart tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian.
  7. DS berhak untuk menolak, menarik balik, atau membatalkan akaun sekiranya terdapat penyalahgunaan, pelanggaran terma dan syarat, atau salah laku.
  8. Kad Ahli Dmart Segi dan mata ganjaran tidak boleh dipindah milik.
  9. Ahli boleh menamatkan keahlian mereka pada bila-bila masa. Mata ganjaran yang tidak ditebus akan luput serta-merta.
  10. Pewaris boleh meneruskan akaun ahli keluarga yang telah meninggal dunia dengan membuat permohonan bertulis kepada Segi Cash & Carry Sdn. Bhd.

Mata Ganjaran:

  1. Ahli akan memperoleh satu (1) mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM1.00, tidak termasuk barangan tertentu.
  2. ID/Barcode ahli mesti ditunjukkan semasa pembayaran untuk memperoleh mata ganjaran.
  3. Mata ganjaran sah selama satu (1) tahun dari tarikh pembelian.
  4. Mata akan ditolak bagi transaksi yang dipulangkan atau ditukar.
  5. Mata boleh dibatalkan sekiranya diperoleh dengan melanggar terma dan syarat.
  6. Mata ganjaran minimum yang diperlukan untuk penebusan Baucar Tunai Dmart Segi adalah seperti berikut:
    • 1,500   Mata Ganjaran = RM 5 Voucher
    • 3,000  Mata Ganjaran = RM 10 Voucher
    • 15,000  Mata Ganjaran = RM 50 Voucher
  7. Baucar Tunai hanya boleh ditebus melalui staf kami di stor.
  8. Baucar Tunai sah selama dua belas (12) bulan dari tarikh penebusan

Umum:

  1. Terma ini menggantikan mana-mana terma sebelumnya dan boleh diubah untuk mematuhi undang-undang, peraturan, atau dasar syarikat. Penerusan keahlian selepas perubahan dianggap sebagai penerimaan terma baharu.
  2. Keahlian dan manfaat yang diberikan adalah tertakluk kepada budi bicara DS dan boleh diubah suai dari semasa ke semasa.
  3. SCC akan sedaya upaya memastikan ketepatan maklumat yang diberikan, namun tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan atau ketidaktepatan maklumat.
  4. DS tidak bertanggungjawab atas sebarang kegagalan teknikal dalam sistem keahlian.
  5. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 012-889 5266.

Polisi Privasi dan Perlindungan Data Peribadi:

Kami menghormati hak privasi data anda dan mematuhi undang-undang perlindungan data di Malaysia. Sila baca Polisi Privasi & Perlindungan Data.


Scroll to Top